welcome to my blog..:))

Saturday 29 October 2011

RizaL Yng insaF..!!

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

HarTa puSaKa...!!!


Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"

ciTa-CITA TingGI..=D

Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.


Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…


Cikgu Fery : Yer saya….

Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memag tak boleh diduga.

SuDuu..!!

Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...

Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)

Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.

Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.

Pak Pandir : Terima kasih.

Seminggu kemudian…..

Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?

Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)

Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?

Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….

Doktor : Kenapa dengan sudu?

Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!

Doktor : ???????

Blog Yang Gwa Cop Bagus Untuk Dibaca

Manusia selalunya bersifat judgemental
Itu salah satu sifat asas manusia.

Nampak header rupa logo illuminati murtad (padahal xtau agama ape pon)
Nampak ayat mencarut pukimak kau babi anjing cop takde sivik (padahal diri sendiri hari2 mencarut)
Nampak follower ramai blog tu best (padahal terlebih publisiti)
Nampak muka cun je perangai baik (padahal busuk hati)
Nampak selekeh sikit cop mat rempit (padahal seniman jalanan)
Nampak pakai kereta mahall sikit cop orang kaya (padahal kereta pinjam)

The truth is, gwa pon kadang2 bersikap judgemental.
Tapi takde la tegar sangat sampai semua benda gwa nak copkan dengan itu dan ini.
Sikit2 gwa buang perangai cop mengecop ni. Yela, what goes around comes around kan?
kalau taknak kena label, jangan label orang.
Lets get str8 to the point.

Tips #1
Follower
Blog yang best n selalunya bagus untuk dibaca tak ramai follower. Sebab kalau dah ramai sgt follower tu semua follower pelesu (palsu). Blog Yang Bagus Untuk Dibaca (BYBUD) selalunya low profile. Tak melakukan ujikaji camwhoring dekat blog, and tak perlukan komuniti huha huha untuk menulis. Dia berada dalam kelas tersendiri walaupun tanpa seurat gambar.

Tips #2
Content.
BYBUD punya content selalunya superb. Macam makan makanan yang simple tapi penuh dengan vitamin serta zat2 besi yang diperlukan untuk hidup yang sihat.
BYBUD jarang sekali sepah2kan link dekat blog orang lain. Kalau lu jumpa any link yang diletak dekat komen oleh tuan punya blog, itu namanya traffic hunter, Nuffsaid.

Tips #3
Simple
Disebabkan content BYBUD yang selalunya extravaganza, dia tak perlukan template or layout yang canggih manggih macam blog yang di design oleh web designer. Kengkadang BYBUD ni sangat minimalist. Tak ade penyeri langsung. Bosan nak mati layout. Macam ada candle light funeral. Tapi itu bukan yang avid reader cari, avid reader carik content. Disebabkan mungkin dia tau content dia super powerful, dia tak perlukan layout comel2 untuk menggembirakan hati orang yang suka benda2 cantik je kejenye.

Sebenarnya, banyak BYBUD kat luar sane yang masih lagi undiscovered sebab BYBUD's author ni bukan jenis traffic hunter punya orang. Depa ni selalunya tak berapa nak kisah dengan traffic or whatsoever sebab thats not the fucking main point of them writing in the first place.

BYBUD perempuan selalunya takde gambar langsung. Yang ada selalunya penulisan yang penuh dengan isi n seni. Jarang sekali dorang tulis pasal aktiviti harian macam harini makan apa, berak berapa kali, or makan apa hari ni. Kalau ade pun, dorang akan selitkan benda tersirat disebalik kejadian tu. Tapi bape kerat la sangat reti nak fikir pasal benda2 tersirat ni. BYBUD perempuan pun selalunya tak ada ID. Kalau ade pon cuma org yang terdekat je tau ID dia.

BYBUD lelaki pon jarang, or senang cerita takde gambar langsung kat tepi2 tu hah. laki memang jarang camwhore, tapi jangan ingat takde lelaki yang kaki camwhore. Sebab aktiviti harian gwa dgn member2 gwa dekat kolej or dekat kelas ialah menganjing pose2 mamat n minah camwhore seantero malaya.

BYBUD lelaki selalunya bersifat anonymous or unnknown. Gwa banyak jumpa BYBUD yang gwa tak kenal pun sape, tapi sebab penulisan dia selalu ada isi, gwa terus baca, walaupun gwa nak gak tau sape yang tulis. Standard ah, manusia memang suka nak korek benda2 yang misterius ni.

BYBUD tak termasuk blog yang keje carik trafik, guna perkataan lucah sebab nak tarik trafik, camwhore tak kira masa, menepek kat blog famous sebab nak trafik, keje review iklan hari2,  etc etc.

BYBUD selalunya ajak orang berfikir rasionalisasi yang dibuat dekat setiap post. Bukan baca, lupa. blah, xde input, mampos. takde kesan dekat hidup langsung. Baik baca ujang je. At least bole la buat gelak sepam dua. kah3~

Hari ni Gwa nak bagi limelight dekat Mamat ni sebab gwa rasa blog dia berbaloi untuk dibaca. Dari blog dia gak la gwa tau china n india bakal jadik satu kuasa besar ekonomi dunia. Ini la yang gwa carik. Ulasan dari topik utama. Bukan style kopi pes kopi pes lepas tu tanya sebijik2 ape itu ape ini, menganga tak tau nak jawab ape.

kalau ada jantan mesti ade betina
kalau ade lelaki mesti ada perempuan.
Untuk seimbangkan kuasa, teruskan baca tulisan dekat bawah ni.

Another link is Minah ni sebab dia selalu jumpa loophole yang gwa tinggalkan. Ye, gwa selalu tulis random sgt. Gwa bukan detailed punya orang. And oh, sebelum gwa byk drop comment, entry dia selalu tinggalkan gwa dengan otak yg sarat berfikir. Sekarang gwa secara tak rasminya lantik dia jadik pengkritik blog gwa yg rupa2nya ade org baca. kah3~ ( sebenarnya, dia boleh summarize a long entry within 140 characters)  Blog BYBUD ni jangankan kotak followers, sape yang tulis pon lu orang takkan tau melainkan lu orang kenal sape dia. See, ini baru BYBUD. lulz~

"kalaulah dia ni gf gwa, mesti hari2 gwa bertekak pasal semua benda, yela, masing2 ada pendirian teguh dalam diri masing2" Mungkin. Mungkin tidak.

Nao perempuan, kalau anda inginkan lelaki yang BIJAK, jadik la BIJAK macam author BYBUD yang gwa featured dekat sini.  Lu orang nak yang superb je, tapi lupa tengok cermin pun payah juga. Aite?

Blog BYBUD jarang ade org luar tetibe masuk n baca. Blog BYBUD ada pembaca tersendiri. Disebabkan lu orang baca sampah2 yang datang dari otak gwa, gwa nak lu orang baca sekali blog yang gwa dah link kat atas nun supaya kita semua dapat kembangkan otak dengan membaca sampah2 yang datang dari otak dia. Paham? Good. (Plz read between the lines before u fucking comment me with your junk from your brain)

Gwa selalu tertanya tanya, kenapa blog macam ni tak ramai follower? Blog dia ade isik dow!
Sekarang gwa tau, orang sekarang bukan tumpukan dekat isi penulisan, depa pentingkan gambar2 camwhore dekat setiap blogpost yang dibuat. SICK!

Jangan risau, blog gwa xtersenarai dalam BYBUD pon. kah3~


Its my perspective. What's yours?
hit me on the comment section, below~

bla..bla..blaa...